Kawan Baru 101

My new friend  Nor Syazreena Binti Noor Affandi

Berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan di hospital Kuala Lumpur.

Daripada Fakulti Sains Matematik, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia dengan kepujian.

Mempunyai dua orang adik beradik dan merupakan anak sulung. Patutla memang nampak macam kakak gituww.

Berumur 21 tahun dan masih single gais. hahahaha...

Dia sangat peramah dan terbuka dengan semua orang. 

Semua orang sangat suka berkawan dengannya kerana sifatnya yang baik hati, mudah bergaul dan tidak sombong. 


But the way Rina ni dulu diploma dekat Upsi ni juga. Dia ambil diploma sains. Alhamdulillah rezeki dia luas dekat upsi lagi sebab dapat sambung degree dekat Upsi juga. Yeayyy kite geng. Hahaha...Tapi tu lah, dulu pernah nampak dari jauh je dia ni. Tak pernah tegur pun. Tup2 masuk kelas kps3014 ni jadi rapat pula sebab sama group assignment.


At the same time jugak saya ni sorang je takde kawan dalam kelas kps ni sebab terpisah dengan kawan-kawan lain yang sama kos. Time jadual keluar haritu tengok-tengok kelas kps tak sama dengan kawan-kawan lain. Time tu sedihnyaa lahai. Sorang-sorang pegi kelas. Tapi ade hikmah rupanya allah nak kenalkan saya dengan kawan-kawan yang baru dan baik sangat. Actually, Rina ni selalu berdua dengan kawan baik dia namanya "zuria". Jadinya saya pun jadi rapat jugala dengan kawan baik dia ni. Diorang ni baik sangat, dah la pandai, lepastu humble gila.


So this, ni la gambar kiteorang bertiga. comelkan kami ๐Ÿ˜. hihihi

Rina ni pandai sangat tau. Boleh dikatakan genius la sebab dia suka membaca. Rajin sangat membaca. Lepastu, dia ni nampak je macam sempoi2, macam bukan kaki study, tapi sebenarnya bijak gila gais walaupun dia suka main game. hahaha

Lagi satu Rina ni memang jenis yang panctual sangat. Sejak dah kenal dia dekat kls kps jadi kami selalu la naik bas sama-sama. So, bila time nak beratur dia mesti paling awal beratur depan sekali. Lepastu selalu copkan tempat untuk saya sekali. hahaha functionkan dia ๐ŸŽ‰ Nampak dah kan ni ciri-ciri seorang guru. "Always punctual"  hehehe..

Rina ni kalau kerja-kerja berkumpulan yang dia buat memang kemas sangat sebab dia ni teliti. Kadang-kadang kite nampak dah okay dah. Tapi mesti dia nampak je lagi kesalahan kalau ade typo ke, format tak tersusun ke, dan macam-macam lah. Dia ni memang layak la jadi cikgu. Dah la dia suka mengajar orang juga. haa sesuai sangat lah tu. ๐Ÿ˜€

Penampilan Rina yang kemas dan sopan juga sangat sesuai untuk menjadi seorang guru. Bagi saya keperibadian mulia yang ada pada diri dia amat sesuai dan memang layak untuk bergelar seorang guru suatu hari nanti.

Goodluck Rina! Thank you for everythings. hihi

Comments

Popular posts from this blog

Isu Pendidikan Di Malaysia